Exam membazir kertas ? Tiada insentif lain ?

Untuk sekolah menengah dan rendah , terdapat 5 kali ujian setiap tahun . Setiap pelajar mendapat kira-kira 100 helai kertas ujian dan jawapan . Ini sesuatu pembaziran dan menyebabkan pencemaran . Sudah berapa pokok habiskan untuk kertas ujian ini . Ia nampak seperti membazir sumber hutan .

Aku memang tak suka ujian / peperiksaan . Tahun depan ada periksa besar . Tak dapat lagi la aku nak main komputer lebih dari 7 jam sehari .

Bagi aku ujian ni hanya membazir kertas . Contoh kertas ujian sejarah , lebih kurang 10 helai kertas juga guna . Dalam satu kelas ada lebih kurang 40 orang . 10×40 = 400 helai . Itu belum campur dengan matapelajaran lain lagi .

Murid – murid sekarang dah bosan tengok kertas yang penuh dengan soalan . Jadi tak ada ke benda baru untuk bagi semangat murid – murid nak menjawab dengan ikhlas . Aku harap ada satu benda yang dapat menjimatkan penggunaan kertas dan kita tak payah lagi beli buku yang tebal sampai 300 – 400 muka surat .

 

Sekarang kamus yang tebal sudah dapat dinipiskan , sudah dapat dibawa ke mana – mana . Tetapi kenapa masih belum ada satu alat yang dapat menyimpan 1000 buku di dalamnya? Aku harap benda macam ini dapat dicipta . Mungkin telah tercipta tetapi harganya mahal sangat kot?

ok juga kalau macam ni . tapi buat bentuk ipad ok gak.

Kalau tak silap aku ada application ireader kat iPhone atau iPad untuk membaca . Tapi itu aku tak pasti pun . Lagipun buatlah kasi semua orang mampu miliki . Tengok video di bawah ini .

Hebatkan? Kalau la ada yang lebih murah , kerajaan Malaysia patut supply untuk murid – murid belajar . Semua buku boleh dimuat turun di kedai buku . Tak payah lagi nak nak bawak buku tebal – tebal . Ujian pun jawab dalam tu . Memang best kalau belajar guna benda macam ini .

PS : Ini hanya cadangan saya. Tapi better recycle lagi kan? Hehe


17 Responses

  1. iPai says:

    yup .. memang agak membazir .. tapi ada juga cara lain yang kita boleh cuba lakukan .. recycle..

    kat sini saya ada cadangkan cara saya sendiri
    http://ipai-ans.blogspot.com/2011/02/jaga-jaga-kertas-a4-di-malaysia-ada.html

  2. Nordin says:

    Cuba hantar memorandum dekat PM suh dia stop guna kertas utk exam. Pakai komputer je. Hehe

  3. diamuslima says:

    ha ah kan.. skg dah maju.. hehehe

  4. Shahiran says:

    Kertas kan recycle balik.. okei la tu. Kalau nak elektronik.. fikirkan

    Casing plastik tak mesra alam, dibuat berasaskan petroleum.

    Chip litar alat elektronik tak mesra alam, beracun dll.

    Battery kena charge setiap kali, setiap kali charge, perlu elektrik dan elektrik (Malaysia) sumber dari gas asli dan arang batu

    Industri minyak bukan industri mesra alam tidak kiralah bagaimana GREEN (eco friendly) pun yang diiklankan pasal industri minyak

    Kertas jugalah senang. Senang buat, senang guna, senang buang, senang guna lagi.

  5. Syafiq Rosli says:

    takpe recycle jalan penyelesaian

  6. menusuk hati says:

    assalamualaikum "uncle" kodet..hihi!recycle pun ok gak ketas tu…nak bg buku elektronik dkt budak2,bimbg salah guna n budgt xckp…bunyan anak langgong dkt tmpt aku ni pun tak mampu nak beli kertas apatah lg buku elektronik..hu…

  7. Amanina says:

    ade keburukan jugak. mata cepat rosak ngadap skrin je manjang. lagi2 kalau buku tebal2. adoii

  8. misz sheyla says:

    kan…betul gak..membaik…boikot ujian…go green…hahahaha kang cikgu wat exam gune pc lak

  9. cik gadis says:

    a'ah!sian pkok pakat mati sbb nk wat kertas..Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.. 😛

  10. sicomot-comel says:

    ahaa..
    satu idea yg bgus..

    tp pastikan jgn yg boleh access dunia blues la..

    p/s:kodet la jadi sponsor students guna pakai bende ni..haha

  11. Kodet says:

    @sicomot , haa takkan la nk jadi sponsor … duit pun x bnyk..

  12. touya says:

    Pergorbanan memang diperlukan , melainkan kau fikir komputer , ipad , book reader tu tak guna kuasa eletrik .

  13. conbellydiobeterisme says:

    aku selalu gune ds sbagai kamus ,memang berguna

  14. eQuRlz says:

    kertas2 soalan n latihan msa zmn skolah dlu eqa still simpan..sbb syg..hehehe..mmg byk gilerrrr.. wat semak almari buku lak rasanye..da lama da tinggalkan zmn prsekolahan..

    "Ketika Cinta Memanggil – Opick"

  15. ariff says:

    Dunia ni teramat-amat kaya dengan bermacam-macam sumber. Cuba bayangkan, ape yang kodet cakap pasal membazir kertas tu… banyak gila kertas yang digunakan kan? Ni baru Malaysia. Negara-negara lain pulak? negara-negara lain yang lagi besar daripada Malaysia? Macam mana pulak?
    Ok, daripada post kodet ni, aku boleh nampak yang kodet ni biased terhadap exam, aku takleh kata ape2 la. Tu hal kodet. Jadi kalau tak buat exam = jimat kertas jadi kertas yang selebihnya nak buat ape? Simpan je? Ingat, kertas takleh jadi pokok balik.
    Bukan kodet sorang je la yang benci exam, ramai gila lagi la.
    Idea ko okay, cuma ni bukan la zaman yang terlampau moden, benda2 yang kodet nyatakan tu tidak mustahil tetapi, aku rasa susah untuk dilaksanakan. Lagi satu, Malaysia ni bukan la maju sangat pon. Malaysia ni masih sebuah negara membangun. Aku tak tau la tapi ada ke tak negara dlm dunia ni yang sepenuh-penuhnya melaksanakan ape yang kodet ckp tu.

    Bla bla bla bla bla bla bla, harga kertas lagi murah daripada nak beli iPad. Kalau semua orang recycle, lagi la dapat berjimat. Gila ke ape nak kerajaan sponsor benda mcm iPad yang harganya dah cukup mahal tu kepada SETIAP murid? Pada pendapat aku, mungkin long term effect dia ok, tpi nak laksanakan benda ni je da dah cukup membebankan.

  16. ariff says:

    Oh lupa nak cakap, bukan lagi banyak ke yang "dibazir" kalau nak buat barang elektronik berbanding 10 helai kertas? 😛

  17. -xdeath says:

    hahaha.. tunggu saje.. kerajaan nak bagi netbook.. netbook boleh bawa ke sekolah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *