Faedah Kahwin Muda

Kepentingan Kahwin Awal Di Usia Muda

Jarang – jarang sekali masyarakat di Malaysia yang akan berkahwin awal pada usia muda. Perkahwinan muda merujuk merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Jika anda berumur 13 hingga 17 tahun berkahwin, pasti anda akan menjadi bualan ramai orang dan di media akhbar cetak. Contohnya seperti perkahwinan Yana yang baru berumur 14 tahun, anda boleh lihatnya di sini.

Berikutan kos perbelanjaan yang mahal, ramai pasangan yang masih mencari rezeki untuk menanggung kos kenduri perkahwinan di mana RM10,000 ke atas.  Berikutan ini, remaja tidak dapat berkahwin di usia muda. Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.

Antara sebab kenapa perlu kahwin muda

  1. Sudah ada yang berkenan di hati.
    Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
  2. Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
    Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
  3. Menjadi lebih bertanggungjwab
    Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
  4. Menjadi anak yang soleh 
    Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

1 Response

  1. Chye says:

    perkahwinan tidak mengenal usia. yang penting kedua dua pihak perlu tahu tanggungjawab masing-masing. sebab perkahwinan adalah “satu pakej” yang mana tanggungjawab yang lebih berat pasti menanti anda. pandai pandai fikir sendiri eh.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *