Fakri mantapkan serangan Red Warriors

549935_495874407140963_321791503_n

Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bakal menyarungkan jersi pasukan Kelantan bermula April ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan di laman Facebook miliknya

bahawa Fakri akan mengukuhkan jentera serangan juara treble itu.

Menurutnya lagi, Fakri yang kini bersama pasukan Divisyen 3 Portugal, Atletico SC telah selesai menandatangani kontrak

dengan The Red Warriors dan rundingan antara KAFA, Atletico dan Fakri sendiri telah pun dimeterai.

Fakri yang merupakan anak kelahiran Kelantan itu telah ditawarkan menyertai Atletico SC pada bulan Disember

tahun lepasselama enam bulan namun telah membuat keputusan untuk beraksi dalam Liga Super Malaysia kembali

selepas hanya tiga bulan di Portugal.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *