FAM tidak benarkan Nazmi Faiz beraksi untuk PKNS.

nazmi
Sudah Jatuh ditimpa tangga, itulah peribahasa yang boleh diberi kepada pemain muda negara Nazmi Faiz. Nazmi Faiz yang baru sahaja menyarung jersi PKNS dan mengikat kontrak selama 3 tahun tetapi malangnya dia belum boleh diturunkan dalam masa terdekat.
Mengikut peraturan, Nazmi hanya boleh beraksi dan didaftarkan dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain bulan April nanti dan FAM hari ini memutuskan bahawa peraturan itu harus dipatuhi.

Pengurus pasukan PKNS, Azmi berkata, PKNS menerima keputusan FAM dengan terbuka dan mengharapkan agar proses seterusnya berjalan dengan lancar.
“Nazmi akan turun beraksi bersama pasukan menjalani latihan seperti biasa kerana kita tidak mahu bakatnya disia-siakan.
“Urusan pendaftaran Nazmi untuk April nanti sedang kita laksanakan dan bagi memastikan pemain itu beraksi dengan PKNS dalam saingan Liga Super,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.
“Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini,” katanya.

Sumber : Fox sport


1 Response

  1. BEKAS pemain import skuad Hijau Kuning, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James menunjukkan reaksi positif untuk kembali beraksi dengan pasukan bola sepak Kedah pada Liga Super 2012 Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan dua bekas pemain import ini adalah berdasarkan prestasi mereka ketika bersama pasukan bola sepak Kedah bahkan mereka amat disukai penyokong Kedah. “Menerusi emel yang mempelawa mereka beraksi dengan kita (Skuad Hijau Kuning), Nelson membalas ‘I like your King very much and I want to play for him’ dan Marlon pula membalas ‘I love Kedah’ “Namun kita menghadapi sedikit kekangan untuk mendapatkan khidmat Nelson, memandangkan pemain itu baru sahaja tamat kontrak dengan Singapura setahun lalu, dan mengikut syarat dia perlu melepasi :cooling period: selama dua tahun, sebelum boleh beraksi dengan mana-mana pasukan di Asia,” katanya kepada :Sinar Harian. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menetapkan pemain import perlu melepasi tempoh dua tahun selepas setiap kali berkhidmat dengan mana-mana pasukan bagi mengatasi masalah lambakan pemain import di rantau ini. “Oleh itu, kita akan membuat rayuan kepada FAM, agar Nelson dapat beraksi dengan Skuad Hijau Kuning musim depan,” katanya. “Sekiranya kekangan ini dapat diselesaikan, dua pemain import itu tetap menjalani proses penilaian bagi memastikan tahap kecergasaan dan prestasi semasa yang akan dikendalikan jurulatih pasukan,” katanya. Dua pemain import ini dijangka kembali ke Kedah sebaik tamat saingan Piala Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *