Fandi bingung JDT belum temui rentak

321048_398039673615877_417594751_n

Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad bingung apabila jentera serangan berstatus bintangnya gagal menemui sentuhan penyudah.

Pada Jumaat lepas, Darul Takzim sekadar seri tanpa jaringan dengan Felda United walaupun serangan dibarisi oleh dua penyerang kebangsaan, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Selepas lapan perlawanan Liga Super, pasukan Harimau Selatan itu masih belum memberikan aksi yang meyakinkan dan kini di tempat keempat Liga Super.

Fandi Ahmad yang sebelum ini berang dengan beberapa pemain bintagnya masih belum berpuas hati dan kecewa dengan anak buahnya.

“Saya tida tahu berapa lama lagi yang kami perlukan untuk pasukan mula serasi. Kami terutama sekali mesti beraksi sebagai satu pasukan bukan kerana kepentingan individu. Saya tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan.” kata Fandi.

 

“Saya tidak faham mengapa kami yang memiliki penyerang terbaik di Malaysia dan Eropah masih gagal menemui sentuhan penyudah.

“Ia perlu diatasi segera jika tidak mahu berterusan kecewa dalam mana-mana perlawanan selepas ini,” tambahnya lagi.

Darul Takzim akan bertemu Kedah di Alor Setar pada Selasa malam dan sekali lagi mereka dilanda masalah kecederaan termasuk Safee Sali.

“Saya belum pernah mendapat 11 pemain yang cergas dalam satu pasukan. Kerana itulah kami masih gagal mencapai rentak,” jelas Fandi.

Sumber FOX Sport


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *