Forkey beri impak – Irfan

920926_33_previewIrfan Bakti Abu Salim menganggap tugas merobek gawang lawang tidak terletak kepada Francis Forkey Doe walaupun penyerang import itu masih ketandusan gol selepas empat perlawanan termasuk kemenangan 3-2 ke atas Pahang..

Selangor mendapatkan khidmat Forkey Doe dari Liberia yang menyerlah bersama pasukan Terengganu musim lalu apabila muncul pemenang bersama Anugerah Kasut Emas

bersama-sama Jean-Emmanuel Effa Owona dengan koleksi 16 gol.

“Saya tidak kisah dengan Forkey. Sudah pasti Forkey akan diberi kawalan ketat pemain pasukan lawan. Jadi dari dalam situasi itu mana-mana pemain peru

mengambil peluang itu untuk menjaringkan gol,” jelasnya.

Irfan Bakti mengakui memberi amanat kepada pemainnya agar mengekang pergerakan dua pemain sayap pahang, R. Gopinathan dan D. Surendran kerana percaya dengan

menyekat kelincahan mereka, mampu melumpuhkan jentera pasukan lawan.

Namun jelas sekali ia bukan tugas mudah apabila Surendran dijatuhkan dalam kotak penalti untuk gol kedua pasukan pelawat. Sumber Arena


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *