Gadis Kelate Fasih Berbahasa Korea dan Mandarin Selepas Dirempuh Lori

 

Ini adalah cerita agak pelik pelik juga mengenai seorang remaja Noraini 17 dari Kelantan yang boleh bercakap Mandarin dan Korea dengan fasih selepas dia terlibat dalam kemalangan pada 13 Januari.

Kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

Selepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut keranan mendapati tiada darah beku lagi.

Mungkin ini antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan.

Lagi pelik apabila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.

Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sehingga doktor itu terkejut kerana belum berjumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.

Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya selepas dia tidur semula selepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik kan..maksudnya ada twist dalam otak dia selepas dia bangun tidur lepas subuh :)

Sindrom bahasa asing/ foreign accent syndrome

Ada juga yang saya baca mengenai kes yang dipanggil foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing.

Terdapat beberapa kes yang jarang ditemui, jadi kes Noriani ni mungkin tergolong dalam sindrom bahasa asing ni agaknya. Walaubagaimana pun ia sangat pelik dan ini menunjukkan kekuasaan Allah dan keajaiban yang kita tak terfikir pun.

PS : Mohon maaf gadis ini sebenarnya berasal dari Terengganu tetapi saya tersilap tulis Kelate… sori la ya

 

Carian Google


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\