Gambar: Aksi video bawah katil pelumba basikal negara

Kuala Terengganu: “Saya rasa seperti dipukau dan diperalatkan kerana tidak sedar apa yang berlaku,” kata seorang pelumba basikal bertaraf antarabangsa kelahiran bandar raya ini yang mendakwa diugut seorang kenalan laman sosial Facebook (FB) supaya membayar RM5,000 jika tidak mahu gambar bogelnya disiarkan di Internet.

Pelumba berusia 20-an yang enggan dikenali dan disiarkan gambarnya itu berkata, dia tidak menduga perkenalan dengan seorang rakan di FB disangka terbabit dengan sukan lumba basikal kerana mempunyai ramai kenalan sama dengannya sebenarnya satu perangkap didalangi individu luar negara yang menyasar selebriti sukan untuk memeras ugut.

Image611

Katanya, pertengahan bulan ini, seorang individu menggunakan nama Fumiko Yamamoto memohon berkenalan dengannya di FB dan selepas membuat pemeriksaan awal serta mendapati individu itu turut mempunyai beberapa kenalan pelumba basikal sama dengannya, dia terus menerimanya tanpa sebarang syak apatah lagi wanita berkenaan memberitahu berasal dari Hokkaido, Jepun dan mungkin pernah berjumpanya ketika dia menyertai kejohanan di sana tahun lalu.

Kemudian katanya, pada Rabu lalu mereka bersembang di FB sebelum bertukar medium ke laman sosial Skype namun wajah wanita berkenaan kabur dan bermula dari situ dia seperti khayal sebelum dikejutkan ibunya kira-kira jam 12.50 malam.

“Setengah jam selepas itu baru saya tersedar serta membuka semula ruangan sembang FB menggunakan telefon pintar dan wanita berkenaan bertanya adakah saya mahu melihat video menarik sebelum dia menunjukkan gambar saya.

“Saya terkejut dan hairan kerana ketika bersembang menggunakan Skype dengannya saya berada di atas katil tetapi kemudiannya saya nampak diri saya berada di bawah katil dalam video berkenaan.

“Wanita itu seterusnya mengugut mahukan wang RM5,000 dimasukkan atas nama warga Filipina, Bernard Cruz menggunakan Western Union sebelum jam 2 petang hari sama jika hendak memintanya memadam gambar tidak senonoh itu,” katanya di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas berbincang dengan keluarga dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 10 pagi hari sama sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan pasukannya.

Katanya, selepas berbincang dengan rakan terdekat, dia terkejut mendapati beberapa rakan pelumba basikal di Selangor turut mengalami nasib sama dan lebih menyedihkan ada yang terpaksa membayar RM2,000 hingga RM3,000 demi menjaga maruah mereka.

Pelumba yang mula mewakili pasukan lumba basikal profesional sejak tiga tahun lalu itu berkata, ramai pihak termasuk rakan pelumba, peguam serta wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memberikan sokongan serta nasihat kepadanya termasuk langkah segera menutup akaun FB selepas mendapati ia digodam pihak tertentu selain dalam proses menutup laman sosial lain miliknya seperti Skype dan Twitter dalam masa terdekat.

“Saya percaya ramai lagi menjadi mangsa kerana individu terbabit menggunakan modus operandi sama menyasar selebriti sukan yang berduit dan turut dikenali di luar negara.

“Saya minta kerjasama mana-mana pihak yang terjumpa atau ternampak gambar tidak senonoh ini supaya memadam dan melaporkan kepada pihak berkuasa serta berharap orang ramai berhati-hati supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.

Sumber


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *