Gambar Dan Konsep Perodua Buddyz Sedan Kereta Terbaru 2014

Perodua Buddyz Sedan merupakan kereta terbaru yang dikeluarkan oleh Perodua. Mungkinkah kereta Perodua Buddyz Sedan ini ialah kereta terbaru Perodua pada tahun 2014 untuk dijual di pasaran?

Perodua Buddyz Sedan

Jika anda belum lagi melihat kereta yang diberi nama Buddyz Sedan ini, anda berada di tempat yang betul untuk mengetahui apa yang menarik berkaitan kereta terbaru ini. Ia belum lagi berada di pasaran untuk dijual dan Perodua hanya mengeluarkan kereta ini untuk pertunjukkan di peringkat antarabangsa untuk majlis Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model konsep itu adalah hasil daripada inspirasi dan wadah industri automotif dan dibantu oleh rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan.

“Memandangkan kita kini memasuki fasa di mana kami mampu mengeluarkan reka bentuk badan atas bertaraf dunia, model ini merupakan langkah evolusi akan datang dalam sejarah Perodua,” katanya pada pameran model konsep itu di sini.

Beliau berkata Buddyz dibangunkan oleh bakat tempatan dan merupakan pencapaian teknologi hasil daripada penyelidikan yang dijalankan bagi memahami keperluan purata pemilik kereta Malaysia.

“Segala-galanya, dari reka bentuk luaran sehingga pembangunan enjin, dirancang dengan teliti dan dilaksanakan bagi memberikan pengalaman pemotoran terbaik kepada pelanggan kami pada harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata kereta itu akan menggunakan enjin aluminium yang dibangunkan untuk memenuhi standard global bagi pelepasan karbon yang rendah, prestasi enjin dan kecekapan bahan api.

Buddyz Sedan 1

Buddyz Sedan 2

Buddyz Sedan 3

Buddyz Sedan 4

Berikut merupakan previu gambar Perodua Buddyz Sedan, anda rasa ia menarik? Anda boleh lihat lebih banyak gambar di sini.

Sumber gambar : Paultan.org


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *