Gambar Di Sebalik Tabir Nur Kasih The Movie Eksklusif

Kesinambungan drama Nur Kasih diteruskan lagi menerusi filem Nur Kasih The Movie yang akan menemui peminat semua di pawagam tahun depan. Nur Kasih antara drama Melayu yang berjaya mencetuskan fenomena di Malaysia tahun lepas. Drama inilah yang mengangkat nama Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Remy Ishak (Adam) dalam ABPBH 2009. Ok sekarang apa kata kita lihat gambar-gambar semasa penggambaran filem Nur Kasih The Movie. Penggambaran diadakan di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di Jordan (Amman, Wadi Ram dan Petra).
Anak Aidil dan Alia ke ni? Comel-comel.
Aidil dan Nur Amina dating ke?
Adik Mia Sara nak jadi pengarah la pulak!
Siapa meninggal ni??? Emm… Alia kot…
Pengarah terbaik! Kabir Bhatia
Aidil dan Adam
Petra, Jordan
Dalam Nur Kasih The Movie, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia. Dah, itu je kot. Sinopsis penuh masih menjadi rahsia!
 

2 Responses

  1. Syafiq Rosli says:

    aku berlakon tuh..

  2. Dawa says:

    mcm best je nur kasih the movie ni. masih menjadi tanda tanya mcmana kesudahan jalan cerita nur kasih ni nnt. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *