Gambar Majlis Pernikahan Diana Danielle Dan Farid Kamil

Tarikh 3 November 2012 menjadi saksi berlangsungnya majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle. Mereka selamat diijabkabul di Hotel Flamingo, Putrajaya.

Perkahwinan mereka cukup ringkas,sesuai dengan tuntutan islam. Pakaian Diana Danielle juga tidak mencolok mata. Mas kahwin yang diberi oleh Farid Kamil pula adalah sebanyak RM10,000 dan hantaran pula bernilai RM20,000 nilai emas.

Gambar Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle

Diana Danielle Danny Beeson atau nama komersilnya Diana Danielle, 21 menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Dalam suasana majlis yang bertemakan perkahwinan ala taman, majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Saksikan  liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

Sumber : Roti Kaya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *