Gambar Rosyam Noor Terima Menantu Lelaki Puteri Sulung Selamat Diijabkabulkan

h

Pelakon lelaki tersohor, Rosyam Noor selamat menimang menantu lelaki apabila anak perempuan sulungnya, Arniesha Azureen telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Hafiz, baru-baru ini.

Majlis pernikahan terbabit berlangsung di Felda Villa, Kuala Lumpur dan Rosyam sendiri telah menikahkan pasangan mempelai baru itu.

Walaupun sudah menerima menantu, kebanyakan peminat menyatakan Rosyam masih kelihatan awet muda apabila wajahnya tidak langsung mengambarkan usia sebenar aktor tersebut.

Majlis bertemakan putih dan ‘shocking pink’ itu kelihatan cukup meriah dan segala kenangan pada hari bahagia itu telah dirakam oleh jurugambar rasmi iaitu Ryaniez Moments Photography.

Rosyam-Noor1

 

Rosyam-Noor2


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *