Gambar Samsung Galaxy S5 Kalis Air dan Debu Terbaru 2014

Gambar Samsung Galaxy S5 Kalis Air dan Debu Terbaru 2014 – Pada MWC 2014 di Barcelona, Samsung telah mengumumkan peranti flagship terbaru iaitu Galaxy S5 yang ditunggu lama oleh peminat smartphone sedunia.

gambar galaxy s5 2014

Galaxy S5 menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci HD penuh Super AMOLED untuk paparan yang baik. Samsung Galaxy S5 membawakan sokongan LTE Cat.4 dan juga WiFi MiMO yang mana membawakan sambungan rangkaian yang laju untuk pengguna mereka.

Kamera yang lebih baik dari peranti Galaxy S4, membawakan 16 megapixel. Untuk bahagian kamera pula, pihak Samsung menyertakan sokongan AF pantas, HDR, dan beberapa yang lain.

Galaxy S5 menggunakan bateri berkapasiti 2800mAh yang menawarkan masa pelayaran web sehingga 10 jam ataupun masa memainkan video sehingga 12 jam.

gambar galaxy s5 2014 2

gambar galaxy s5 2014 3

gambar galaxy s5 2014 4

Untuk tujuan keselamatan, pihak Samsung turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, yang mana boleh digunakan untuk tujuan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih.

Beberapa aksesori turut disediakan, selain mana Galaxy S5 turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Melengkapkannya lagi adalah Samsung Galaxy Gift yang menawarkan beberapa kandungan dan aplikasi secara percuma untuk pelanggan Samsung.

Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan kepada umum pada 11 April di lebih 120 buah negara seluruh dunia. Seperti Galaxy S4, kita mungkin akan dapat melihat ia turut diperkenalkan di Malaysia pada masa yang sama.

Sumber : Amanz, The Verge (Gambar)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *