Gambar2 Anak Lelaki Lee Chong Wei Baru Lahir

kingston-lee

Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak sulungnya dan Lee Chong Wei di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini dan diberi nama Kingston Lee.

Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut.

“Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami. Nama itu sedap didengar.

Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital.

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir.

anak-lee-chong-wei

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *