Gerrard dinobat Pemain Terbaik England

The FA England Awards 2013

Steven Gerrard dinobat sebagai pemain terbaik England oleh Persatuan Bola Sepak England untuk kali kedua.

Gerrard diundi Pemain Terbaik England

Steven Gerrard diundi pemain terbaik England oleh Persatuan Bola Sepak England untuk kali kedua.

Pemain midfield Liverpool itu menerima anugerah beliau dari Sir Bobby Charlton di acara makan malam England FA di St George’s Park.

Penyerang Manchester United Danny Welbeck mendapat tempat kedua semantara pemain pertahanan Chelsea Ashley meraih tempat ketiga. Gerrard menang anugerah itu untuk kali pertama pada tahun 2007.

Pemain yang berusia 32 tahun itu merupakan pemain terbaik England pada kejuaraan Euro 2012 apabila beliau mencipta beberapa gol dari gerakan bola mati.

Anugerah itu menandakan detik paling penting bagi Gerrard yang telah dilantik sebagai ketua pasukan England oleh Roy Hodgson.

Lebih 180,000 undian telah dibuat oleh para penyokong di laman rasmi persatuan England TheFA.com, rekod terbaru sejak David Beckham diundi pada tahun 2003.

Pemain bek kiri Stephanie Houghton diundi sebagai pemain wanita terbaik England.

Houghton menyerlah untuk Team GB dalam Sukan Olimpik tahun ini dan telah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan dengan Brazil.

Pasukan wanita England juga telah menang kelab terbaik.

Pemain Liverpool Jordan Henderson meraih anugerah pemain terbaik bawah 21 sementara Toni Duggan menang pemain wanita terbaik bawah 23.

Acara itu adalah peraian ulang tahun ke 150 oleh FA dan turut menyambut usaha Bobby Moore Fund for Cancer Research.

Pengerusi FA David Bernstein berkata: “Acara Persatuan FA England ini amat bermakna dan bukan sekadar memberi pengiktirafan kepada pemenang.

“Tahap tertinggi bola sepak England adalah istimewa.

“Mereka memberi inspirasi kepada lebih dua juta pemain dalam negara ini. Semua yang terlibat patut diberi pengiktirafan juga.”


1 Response

  1. karesh says:

    You so good S.Gerred because u can get places no 2 in england of all the playes and than u beat D. \beackham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *