Gila! Chimpanzi Ini Ketagih Merokok

China – Chimpanzi merupakan binatang yang rapat dengan manusia, malah ada sesetengah perbuatan manusia telah ditirunya.

Namun di sebuah zoo di Urumqi, China, seekor chimpanzi telah meniru tabiat manusia yang tidak elok.

chimpanzi merokok

Apa tidaknya, dia suka merokok dan mampu menghabiskan dua batang rokok dalam waktu yang sama.

Aksinya ketika merokok itu telah dirakamkan dan dimuat naik di internet, sekali gus menjadikannya terkenal.

Dengan bulunya yang berwarna kelabu, chimpanzi ini kelihatan seperti seorang tua sedang menghisap rokok, sambil melihat sekeliling kalau-kalau penjaga zoo melihatnya

Ia bukan chimpanzi pertama yang ketagih dengan rokok malah chimpanzi terkenal dunia, Charlie, hidup sehingga 10 tahun di zoo Bloemfontein di Afrika Selatan.
Menurut penjaga zoo tersebut, Charlie mula menghisap rokok selepas pengunjung membaling rokok yang masih bernyala ke dalam kurungannya.

Sejak itu, Charlie mula menjadi perokok.

Berbeza pula dengan seekor chimpanzi di Rusia yang dilaporkan terpaksa dihantar ke pusat pemulihan selepas ketagihan rokok dan alcohol.

Semuanya adalah akibat angkara manusia sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *