Gol Ke-200 Lampard Bantu Kemenangan Chelsea

lampard chelsea

Chelsea kembali merampas tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas jaringan ke-200 Frank Lampard membantu mereka menewaskan West Ham 2-0, malam tadi tatkala Tottenham tewas 0-1 kepada Fulham.

Di Stamford Bridge, Lampard menjaringkan gol pertama Chelsea pada minit ke-19 dan kemenangan ke atas West Ham disahkan lagi oleh gol kedua tuan rumah menerusi Eden Hazard pada minit ke-50.

Di White Hart Lane, Tottenham membenarkan posisi ketiga mereka dirampas Chelsea selepas tewas 0-1 kepada Fulham hasil jaringan tunggal Dimitar Berbatov pada minit ke-52.

Di Stadium DW, tuan rumah Wigan memperolehi tiga mata penting biarpun kekal di kedudukan tiga tercorot selepas menewaskan Newcastle 2-1 menerusi gol kemenangan Arouna Kone pada minit ke-90 selepas jaringan awal Jean Beausejour pada minit ke-18 disamakan Newcastle menerusi Davide Santon minit ke-72.

Di Stadium of Light, Sunderland sekadar seri 1-1 dengan Norwich. – mynewshub.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *