Halal atau Haram Pendapatan Anda di Adsniaga?

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Dah lama rasanya tak boleh nak log in MrKodet selepas insiden yang menimpa. Tapi itu sudah berlalu, biarlah ia berlalu. Alhamdulillah Harimau Malaya dah baham Indonesia tadi #SeaGames 1-0.

Tengah – tengah saya check emel, tiba – tiba ada satu tajuk yang menarik perhatian saya. Ia itu halal atau haram pendapatan anda?? Dan yang hantar tu ialah Adsniaga. Saya sangat hairan kenapa Adsniaga tentang halal atau haram pendapatan saya sedangkan saya hanya register Adsniaga tetapi tidak menggunakan Adsniaga.

Berikut adalah emel adsniaga kepada saya :

Bagaimana ingin anda mengetahui pendapatan anda melalui sistem adsniaga.com ini HARAM atau HALAL?

Anda sebagai publisher menyediakan tapak iklan di blog/portal/forum milik anda, adsniaga.com akan membayar kepada anda berdasarkan jumlah klik yang diterima oleh pengiklan di adsniaga daripada laman web anda.

HALAL – Sekiranya iklan tersebut di klik oleh pengunjung laman web anda tanpa mendapat sebarang atau arahan supaya mereka klik pada iklan yang terpapar di laman web anda tersebut.

HARAM – Sekiranya iklan tersebut di klik oleh pemilik laman web itu sendiri atau memaklumkan kepada pengunjung supaya tolong klik atau mempengaruhi mereka untuk klik kerana tindakan anda tersebut telah mendustai para
pengiklan di adsniaga.com dan anda juga tiada integriti kerana menjana pendapatan melalui kaedah penipuan.

Adsniaga.com memiliki sistem pengesanan penipuan yang mampu mengesan tindakan anda. Kami juga mengambil langkah tegas dengan tindakan BAN SEUMUR HIDUP bagi mana-mana publisher yang ingkar dengan amaran dan terus
menjalankan aktiviti penipuan ini.

Adsniaga.com sentiasa memastikan iklan-iklan advertiser mendapat klik yang sewajarnya untuk memajukan perniagaan/perkhidmatan mereka. Tanpa advertiser maka publisher juga tiada pendapatan sampingan secara online. Jadi
kita lakukan yang terbaik untuk ‘win win situation’ dalam menggunakan sistem adsniaga.com ini.

Terima Kasih.


2 Responses

  1. luqman hakim says:

    apsal la ko pi ambik diraong nyer, haha ko ada daftar adsniaga gak ke..?
    sebab aku pon ada baca kat email takdi..pasal ni

  2. kyrul says:

    nice kodet. fraud klik .mmg haram lah jadinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *