Happy Birthday to me

Nampaknya aku dah makin tua. Hari ini secara rasminya 14 Oktober 2011 secara rasminya aku berumur 15 tahun. Sekarang jam 1 pagi. Baru 10 wish dari rakan Facebook yang aku terima daripada 1644 orang. Mungkin mereka sudah tidur atau sibuk dengan urusan masing – masing. Aku tak kisah sangat kalau 1644 orang yang berkawan dengan aku di Facebook tak wish , aku cuma nak lihat siapa yang wish.

Kalau dulu – dulu setiap kali birthday aku boleh mintak hadiah daripada mak aku. Selalu pergi Toyrus yang dipenuhi dengan mainan – mainan yang mahal. Tapi mak aku hanya bagi aku beli tak lebih dari RM200. Setiap kali beli barang, selalu tak tahan lama sebab aku jenis cepat bosan dengan apa yang aku ada.

Start aku umur 13, aku tak mintak lagi hadiah birthday sebab aku nak kumpul dalam tiga tahun yang bersamaan RM200 x 3. Jadi dapat la aku beli henfon baru dengan kumpulkan birthday aku selama tiga tahun. Masuk hari ini dah 3 tahun aku tak tebus hadiah dari mak aku.

Tapi aku tak perlukan lagi henfon sebab cukuplah dengan iPod yang aku menang dengan hasil titik peluh aku. Ramai gak kawan aku yang ingat aku join contest mudah – mudah yang aku seorang saja yang join. Terima kasih Mynewshub dan Jack sebab mempelawa aku untuk menyertai contest ni.

PS : Jadi apa aku nak buat dengan hadiah birthday yang aku kumpul selama tiga tahun ni? Boleh bagi cadangan? Heh.


7 Responses

  1. Juan says:

    selamat hari lahir

  2. SS says:

    untunglah hadiah birthday iPod kan. hehee
    semoga terus berjaya

  3. Arya Putra says:

    selamat hari lahir kodet! semoga panjang dan rezeki masyuk..

  4. ohcikgu says:

    wahh, 15 tahun? mudanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *