Harga Tiket Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2013

malaysia-vs-chelsea-21-julai-2013

Perlawanan di antara Pilihan Malaysia XI (Harimau Malaya) menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.

Sebagai makluman tiket perlawanan akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408.

Ticket Price Detail

ticket-malaysia-vs-chelsea-2013

Tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my

Sebelum bertemu Malaysia, pasukan Chelsea terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai dan mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars, pada 25 Julai.

Selain itu, pasukan kebangsaan turut melayan kunjungan Barcelona FC pada 10 Ogos ini pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *