Harimau Muda mula persiapan awal

912695_33_previewPasukan Harimau Muda A akan berangkat ke Australia pada 23 Januari ini untuk latihan dan aksi persahabatan selama 10 hari.

Menurut Ong Kim Swee, tujuan mereka ke Australia adalah sebagai persediaan awal untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA akhir tahun ini.

“Latihan dan aksi persahabatan di Australia adalah sebagai persediaan awal. Kami akan ke sana tanpa enam pemain tonggak yang akan bersama skuad kebangsaan.” katanya kepada ESPNSTAR.my.

Antara pemain yang tidak akan turut serta ke Australia adalah Wan Zack Haikal, Fadhli Shas, Gary Robbat, Nik Shahrul Azim, Zubir Azmi dan juga K.Reuben.

Ketiadaan pemain-pemain ini telah membuka peluang untuk lapan pemain yang baru menyertai skuad Harimau Muda beraksi di tahap yang lebih tinggi.

25 pemain Harimau Muda yang akan ke Australia termasuk dua bekas pemain Harimau Muda, Sivanesan Shanmugam yang kini bersama Negeri Sembilan dan Prabakaran Kanadasan dari Sime Darby FC.

Tambah Ong Kim Swee: “Kami akan menilai prestasi dan persembahan dua pemain ini di Australia. Sebelum ini mereka juga pernah bersama pasukan Harimau Muda A dan B.”

Selepas kembali dari Australia, Harimau Muda akan ke Myanmar untuk aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan Myanmar yang dirancang akan diadakan pada 22 Februari 2013.

Kemudian mereka akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum berangkat ke Eropah selama lebih kurang lima bulan.

Senarai skuad Malaysia B23 ke Australia

1. Mohd Farhan Abu Bakar
2. Saarvindran
3. Irfan Fazail
4. Wan Zaharulnizam
5. Thamil Arasu
6. Ferris Danial
7. Shahrul Saad
8. Nazirul Naim
9. Mohammad Amer bin Saidin
10. Fandi Othman
11. Syahrul Azwari
12. Izham Tarmizi
13. Ahmad Hazwan Bakri
14. Mohd Azrif Nasrulhaq
15. Rozaimi Abd Rahman
16. Izzaq Faris Ramlan
17. Muhammad Nurridzuan
18. Mohamad Firdaus
19. Syahid Zaidon
20. Saiful Ridzuan
21. Kenny Pallraj
22. Ariff Farhan
23. Adam Nor Azlin
24. Sivanesan Shanmugam
25. Prabakaran Kanadasan

Mereka akan beraksi dalam empat aksi persahatan di sana:

26 Januari: Harimau Muda A vs Gold Coast Sharks (Australian APL Club)

29 Januari: Harimau Muda A vs Sunshine Coast Fire (Australian APL Club)

2 Februari: Harimau Muda A vs Brisbane Olympic (Australian APL Club)

5 Februari: Harimau Muda A vs Brisbane Roar (A-League Club & 2011/2012 Champions)

Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *