Hazard minta maaf kepada pengutip bola

924149_33_previewEden Hazard telah meminta maaf kepada pengutip bola yang ditendangi secara tidak sengaja dalam pertemuan Piala Capital One bersama Swansea pada hari Selasa.

nisden itu telah mengejutkan ramai orang dan berlaku pada sepuluh minit terakhir perlawanan di mana Blues kecundang dengan pungutan agregat 2-0.

Perlawanan kekal kosong pada malam itu dan Hazard telah hilang sabar dengan pengutip bola yang enggan memberikan bola kepada beliau.

Pengutip bola itu rebah ke atas bola sementara penyerang Blues itu cuba merampaskan bola itu sebelum tertendang beliau secara tidak sengaja.

Beberapa pemain Chelsea telah memujuk pengutip bola itu yang terlentang di tepi padang sebelum pengadil Chris Foy untuk melayangkan kad merah terhadap Hazard.

Pengutip bola itu turut diusung keluar padang pada akhir perlawanan sebelum ditemuramah oleh pegawai polis.

Hazard turut mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Morgan dan menjelaskan kelakuan beliau sebelum memohon maaf kepada pengutip bola itu.

“Beliau telah rebah di atas bola dan saya hanya cuba merampaskan bola. Saya berpendapat bahawa saya telah menendang bola namun tidak menjangkakan bahawa saya telah mengasari beliau juga,” Hazard memberitahu Chelsea TV.

“Beliau telah ke bilik persalinan dan kami meminta maaf antara satu sama lain. Insiden dijelaskan oleh kedua-dua pihak.”

Wakil dari Swansea mengesahkan bahawa tindakan tidak akan dilakukan dan Chelsea telah jemput pengutip bola yang telahkekal di Stadium Liberty selama tempoh enam tahun, ke bilik persalinan.

Beliau berkata: “Polis telah menerima kenyataan dari pengutip bola dan bapa beliau. Tiada tindakan akan dilakukan dan kami akan menutup kes ini.

“Pengutip bola itu telah berjabat tangan bersama Eden Hazard setelah diajak serta bilik persalinan oleh John Terry dan Frank Lampard.

“Beliau telah bekerja sebagai pengutip bola di sini selama enam tahun tanpa sebarang masalah.”

Pengurus Chelsea Rafael Benitez mengatakan bahawa kelakuan Hazard akan ditangani oleh kelab tetapi ia telah menjejaskan reputasi kelab London itu pada musim penuh kontroversi diikuti kes rasis bersama John Terry, Mark Clattenburg dan pemecatan Roberto Di Matteo.

Beliau berkata: “Kedua-dua pihak sedar akan kesilapan dan telah meminta maaf.

“Beliau sedang membuang masa dan Hazard tidak sabar kerana beliau ingin mendapatkan bola secepat mungkin. Ia telah membuktikan bahawa kedua-dua pihak bersalah dan kami tidak mampu mengatakan apa-apa lagi.

“Kami akan meneliti reaksi Hazard dan menantikan sebarang tindakan dari Persatuan Bola Sepak.”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *