Hotel Mewah Dengan Permandangan Kaabah

Selamat datang ke Raffles Makkah Palace sebuah hotel mewah 5 bintang yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Anda boleh melihat pemandangan Kaaba’ dari bilik anda. Raffles Makkah Palace yang sudah dibuka sejak Ogos 2010 memenangi pelbagai anugerah seperti “Hotel Tebaik Timur Tengah” dan ianya sebuah hotel yang sesuai diduduki orang Islam yang kaya raya dan mahu selesa ketika menunaikan ibadah. Hotel ini lengkap dengan dewan mesyuarakat, spa kesihatan dan perkhidmatan butler. Hendak beribadah pun senang kerana lokasinya yang amat hampir dengan Masjidil Haram. Harga purata duduk semalam di Raffles Makkah Palace ialah RM 3 699. Kalau tak mampu sewa sahaja hotel murah dan duduk berhimpit 3 orang satu bilik yang terletak agak jauh dari Masjidil Haram.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *