Hubungan Ashraf & Sakinah Sudah Lama Terjalin?

image2

Umum tahu sekitar minggu lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan isu perkahwinan kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi dan nampaknya isu tersebut masih belum berkesudahan serta menjadi semakin rumit.

Terbaru menerusi laporan Melodi, seorang lelaki telah tampil mendakwa kononnya dia adalah bekas tunang isteri kedua Ashraf muslim dan turut menyatakan bahawa pertunangannya dengan Wan Sakinah berakhir disebabkan pelakon lelaki tersebut.

Kalau ikutkan dah memang takdir macam itu. Mungkin tak ada jodoh kot. Tapi kalau ikut istilah apa pun, takdir tetap masih ada sebabnya, dan salah satu daripadanya adalah dia (Wan Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf Muslim. Hubungan itu sampai ke hari ini dan mereka bernikah.

Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bukanlah sejak sembilan bulan selepas pelakon itu bernikah.

Sebelum dan semasa Ashraf Muslim di dalam pertunangan dengan tunangnya (Noor Dayana) dan pada ketika itu saya dengan Wan Sakinah juga bertunang, mereka sudah ada hubungan.

Screen-Shot-2013-07-21-at-4.54.10-PM

Sedutan temubual wartawan Melodi & bekas tunang Wan Sakinah

Meskipun kecewa pertunangannya dengan Wan Sakinah berakhir, akan tetapi lelaki misteri ini turut melahirkan rasa syukur kerana akhirnya Ashraf bernikah dengan wanita tersebut.

Masa itu memang kecewa sebab dah nak dekat kahwin. Alasan putus tunang sebab dia ada hubungan dengan Ashraf Muslim.

Alhamdulillah, dia akhirnya bernikah. Yang Ashraf selalu nafikan selama ini akhirnya terbongkar dan telah terbukti.

Dalam pada itu, lelaki ini turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang telah berlaku dan dalam masa yang sama, dia turut melahirkan rasa simpati terhadap isteri pertama Ashraf, Noor Dayana Lokman.

Nak cakap pasal malang, rasanya Dayana lagi malang daripada saya sebab dia dah ada madu.

Saya pula rasa malang sebab lagi 25 hari sebelum nak kahwin kami putus tunang. Sebenarnya apa yang saya cakap tentang Ashraf Muslim ganggu tunang saya pada masa itu, semua orang tak percaya sebab Ashraf orang anggap dia macam ustaz.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *