HUKUM BERSALAM DI HARI RAYA ( WAJIB BACA )

1150423_226787580803446_1335697152_n
***PENTING***

Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…

1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..
mengikut Mazhab Shafie..
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita di Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..

2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..
bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..
Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?

INI JAWAPANNYA:

Jika SUAMI :

A- isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas, boleh kita bersalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun HARAM kita bersalam dengannya.

Jika ISTERI :

D- pun sama.. suami, bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil x mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita HARAM kita bersalam denganya.
G- Dengan SEPUPU pun sama! Sepupu lelaki dan perempuan x boleh bersalaman HARAM hukumnya.

Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :

“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”

p/s: Cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama ini ..mase beraya atau semasa berziarah ke rumah sdara-mara kita. Jika dulu atau yg lepas2 kita tak tahu tidak mengapa sekarang dah tahu.. jgnlah buat ye..

Wallahua’lam.

via Ustazah Azimah

 


1 Response

  1. hamba Allah says:

    hadis diatas diriwayat oleh siapa? syukran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *