Hukum Dan Sejarah Menyambut Valentine’s Day

valentine

Terdapat beberapa peristiwa sejarah berkenaan tarikh 14 Februari

PERTAMA

Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. St. Valentino merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan tersebut, St. Valentino dianggap sebagai kekasih rakyat.

KEDUA

Sambutan ini mengaitkan dengan kematian paderi St. Valentino ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentino ini.

VERSI PERTAMA

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa.

St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II.

St. Valentino diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentino ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

Malah St. Valentino disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu St. Valentino.

VERSI KEDUA

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin.

Justeru itu, Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St. Valentino menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terharap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.

Aktiviti St. Valentino ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentino ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

KETIGA

Valentine’s Day berkaitan dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia.

Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari berikutnya mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi cinta mereka.

KEEMPAT

Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung pada musim mengawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

DALIL DAN HUKUM MERAYAKAN HARI VALENTINE

Allah S.W.T telah berfirman:

A051
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. ( Al-Maaidah 5:51 )

Allah S.W.T telah berfirman lagi:

A022
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. ( Al-Mujaadalah 58:22 )

Begitu juga melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud:

A002
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. ( An-Nuur 24:2 )

Rasulullah S.A.W telah melarang untuk mengikuti tatacara ibadat selain Islam:

“Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Bila merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali Valentine, maka tidak disangsikan lagi bahawa seseorang itu telah kafir, sekiranya dia tidak bermaksud demikian maka dia telah melakukan suatu kemungkaran yang besar.

Menurut Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-’Ilmiyah Wal Ifta’ (Lembaga Pengkajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi):


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *