Hukum Sambut Christmas

ucap christmas

Apakah hukum menyambut perayaan christmas bagi orang Islam / Muslim? Christmas adalah perayaan orang Kristian yang disambut pada 25 Disember setiap tahun. Mesti ramai yang nak bagi ucapan kan? Di sini saya kongsikan hukum-hukumnya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber : Klik Sini


3 Responses

  1. shah says:

    Seeloknya soal hukum ni dirujuk kpd majlis fatwa terlebih dahulu..sumbernya kalo boleh dari Majlis Fatwa..Cth:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

  2. Denaihati says:

    teruma kasih perkongsian yg baik ini yg umat islam mesti tahu supaya tak buat ucapan sebarangan, bukannya langsung tak boleh cuma harus berhati2 supaya tak pesongkan aqidah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *