Idea Kodet nak buat segmen macam Ben

Aku nak tahu ada tak orang nak join jika aku buat segmen macam Ben Ashaari . Aku tengok membuat segmen ni memang best dan aku ada banyak idea dalam bab2 segmen ni . Aku pun ada sembang dengan Ben tentang segmen – segmen ni . Aku cuma takut kalau aku buat orang tak join dan tajuk segmen pertama aku nak buat ialah ” Segmen Entri Dasyaat! ” yang perlukan lebih dari 10 blogger . Senang saja nak join segmen ni . Korang perlu pilih entri dalam blog korang yang korang rasa paling best dan hantar kat aku . Itu saja .

Masalah bila nak buat segmen entri dasyaat ni takut nanti ada yang kecewa sebab segmen tak ada hadiah . Tapi macam Ben , semua sudah maklum yang tiada hadiah dalam segmen Ben .  Kalau korang rasa aku patut buat komen entri ni . Aku nak 10 orang yang setuju aku buat segmen ni . Kalau tak dapat 10 orang maknanya aku cancel saja segmen ni .

Apa yang aku best hari ini sebab aku dimasukkan ke dalam Entri Popular Hari ini di Gengblogger . Entri yang masuk dalam seksyen popular hari ini tu ialah Tips promot contest korang . Lagi satu yang buat aku happy ialah Yiedpozi (alexa ranking top 900 dalam Malaysia) memilih entri aku sebagai salah satu pilihannya di dalam Entri Terbaik Minggu Ini Part 3. Entri yang dipilih Yiedpozi ialah entri berkenaan Taktik Bloggers Menipu Dapat Traffic . 

Kepada yang masih belum sedar yang link aku dah berubah , cuba korang tengok adressbar tu . Aku dah bertukar dari Kodetguide.blogspot ke MrKodet.Com . Kepada yang suka cara aku tulis , feel free to follow . Apapun tima kasih kepada yang selalu respons kepada setiap entri aku . Ikuti entri seterusnya , aku akan mengulas tentang ” Cara menjadi blogger disegani ” . Untuk tidak lepaskan membaca entri seterusnya , pastikan setiap 2 hari melawat blog ini . Sekian , Assalamualaikum .


3 Responses

  1. Firdaus Alim says:

    Setuju…heheehehe

  2. hans says:

    buat jer kalau ko rasa ko nak buat….
    janji ikhlas sudah
    kan?

    P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western – Chop & Steak

  3. Millomocca Danique says:

    millo sokong membe2….wat la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *