Idola aku dalam blogging

Di dalam satu perbincangan di group 2Dayblogger di Facebook , ada seorang bertanya kepada rakan – rakan blogger “siapakah idola korang dalam blogging”. Aku tunggu dulu orang lain jawab. Yang pertama yang menjawab soalan tersebut ialah Penulisenja. Tak sangka pula yang dia kata idola dia Kodet. Tak sangka ada orang yang menghargai aku.

Selepas beberapa minit , dah sampai komen yang ke 30. Dari penglihatan aku , ramai yang menjawab mereka tiada idola dalam blogging . Bukan setakat blogger picisan yang menjawab , tetapi blogger yang dah lama blogging pun jawab tiada idola.

Bagi aku , aku mempunyai banyak idola untuk setiap kategori blog dan aku mencontohi mereka apabila aku ingin menulis. Ikut pada mood aku untuk menulis tetapi aku jarang sangat menulis. Dalam blog ini , dalam 150 post hanya dalam 50 post yang aku tulis sendiri. Yang lain kebanyakkan ialah kesilapan aku dulu – dulu yang mengejar sangat trafik sampai campurkan entri – entri seo dengan personal. Aku buat blog ni khas untuk personal dan subdomain untuk artikel2 menarik.

Idola – idola aku dalam blogging

Liza Razak – Penulisan dia agak bagus dan menarik perhatian aku . Tapi tak pernah meniru gaya dia menulis.
Titan – Memang cekap buat duit dan aku jadikan dia idola apabila aku nak dapatkan duit dan kerja keras dia menarik perhatian aku supaya jadi seperti dia.
Cerita Mamat – Uniknya mamat ialah cara dia bermain dengan seo sehinggakan aku syak yang dia menggunakan fan page untuk mendapatkan trafik.

Maaf jika anda (yang rapat dengan aku) tidak menjadi idola aku. Melalui pembacaan aku dalam tips menulis entri kita perlu ikhlas apabila menulis. Menulis menggunakan tangan adalah yang paling aku benci tapi aku suka menulis menggunakan keyboard kerana jari – jemari sudah menghafal posisi alphabet – alphabet di dalam keyboard .

Aku memang jenis tulis pendek sebab aku tak pandai nak kembangkan ayat dan suka straight to the point. Menulis biarlah dari hati ke hati baru romantis.


8 Responses

  1. mamat says:

    huhu… mamat jadi idola..wahhh terima kasih kodet..
    he3 btw memang serius tak pernah dapatkan trafik dari google.. huhu
    belajar SEO pun sorang2..

  2. Arya Putra says:

    hahah..ayat menaip guna keyboard yang tak tahan tu..
    plugin apa yang bro guna sampai ada orang perasan pelik tu? huhu..

  3. anjangman says:

    Idola, setakat ni aku blm ada idola lagi… tapi blog2 contoh utk aku jadikan rujukkan berblogging mmg ada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *