Illuminati dan Anjing mereka di kalangan artis

Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan ‘puppet’ yang dimainkan tali mengikut gerak atur ‘The Elite’. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk ‘The Elite’ sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan ‘The Elite’ dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.
All I wanna say is that

They don’t really care about us

All I wanna say is that

They don’t really care about us

‘The Elite’ tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don’t you black or white me
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me

I am the victim of police brutality, now

I’m tired of bein’ the victim of hate

You’re rapin’ me of my pride

Oh, for God’s sake

I look to heaven to fulfill its prophecy…

Set me free

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari

Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.


Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada ‘something’ dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.



Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan ‘Unfinished Pyramid’ sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy


Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak ‘subliminal message’ di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.

Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.


Perhatikan ‘One Eye’ di atas manusia.Manusia seolah-olah ‘terpenjara’ di dalam dunia Dajal. (NWO)


‘Unfinished’ Piramid


Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.


One Eye





One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion


Pillar Of Freemason


Formation tangan yang sama dengan Baptomet


Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di’contrast’.


Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)


Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.

Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com

Artis illuminati , artis malaysia illuminati , artis malaysia freemason , freemason artis malaysia , anjing – anjing illuminati freemason dewa 19 freemason


9 Responses

  1. EmanTheHalia says:

    pergh mane dapat ni? detail tu

  2. lie says:

    pikirkan2

  3. Pereman says:

    lol.. tak paham why so ramai orang fall into this..

    why dun we just appreciate the music as it is rather than pikir secara mendalam like we are the rocket scientist

  4. d_tieah says:

    Bernas Kodet.. Serius, baru tahu.. Ngee 🙂 Lagi lagi pasal MJ.. Padanlah orang ramai suka dia.. Ermmm.. Nasib baik dia sempat masuk Islam kan sebelum menghembuskan nafas terakhir..

    Entry Terbaru : Isu Dakwaan Agama Krsitian Sebagai Agama Rasmi ; Hentikanlah

  5. annazanariah says:

    nice sharing kodet… detail betul.. adakah ianya kebetulan? b4 ni tak perasan pun.. kalau ada info tentang artis2 lain dengan illuminati, buat la entry lagi k.. =)

  6. nescafe_ais says:

    nice lah…good job

    Negara Paling Banyak Membunuh

  7. MRS KELASI says:

    pendedahan 2 demi pendedahan dibuat tapi banyak orang tidak menyedarinya…bagi sesetengh orng,benda ni bukan masalah mereka

  8. illuminati says:

    Do you want to be a member of Illuminati as a brotherhood that can make you rich for ever and it can also make your name famous and power to control people in high places in the worldwide.are you a Politicians, Musicians, Business Man/Woman, student, here is the wright place were your poverty we be end and opportunity to be a member of the grate Illuminati here the place were your story will be charge brotherhood.ever Illuminati brings you a talent in you and make you famous, as your wish and your benefits when you become a member of Illuminati is waiting for you.just in case you want to join you can contact us via email morganilluminatirich@gmail.com or call +254704881207

  9. Gabriel says:

    Yes, you are so so lucky brother,our Gods Lucifer have receive you to
    give you rich and famous and power in life okay, and you are welcome
    brother to our society okay, and now you have be ask to buy your
    Illuminati membership registration form,the Illuminati form identify
    you as up coming member to become a full and new member of the great
    brotherhood Illuminati, so that once you send the money to buy your
    Illuminati registration form, our agent will be able to travel to
    your state to deliver the form that you buy to you and also bring
    you here in our temple, so that the initiation can comments on you to be
    a new member of the great Illuminati, to be rich and famous in life okay. So
    you will have to buy your Illuminati registration form now to proceed on
    you okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *