Ini semua sebab duit dan populariti, menyebarkan benda yang mengaibkan agama sendiri

Assalamualaikum . Dunia blog dan media massa , semua mengejar populariti tanpa mengira apa jenis berita mahupun rencana yang dikeluarkan sama ada memalukan agama,bangsa dan negara. Jangan jaga tepi kain orang jika diri sendiri masih belum dicermin dan dimuhasabah.

Mari mulakan dengan blog terlebih dahulu. Trafik adalah jantung atau nadi bagi sesetengah blog . Sehinggakan post yang diterbitkan entah belum dibaca mahupun difahami. Copy blog orang paste blog sendiri. Sehinggakan sesuatu rencana mahupun berita yang dikeluarkan dari akhbar-akhbar tempatan melalui laman mereka dicuri 100% tanpa sebarang perubahan zat mahupun sifat penulisan itu dalam masa hanya 5 minit.
 
Contoh seperti berita sebelum ini, tentang perompak di stesen minyak yang melaungkan kalimah Allah semasa merompak . Apakah persepsi yang difikirkan oleh bangsa bukan Islam? Tidakkah mereka boleh tesenyum sinis membaca berita ini? Bukan salah letakan berita tersebut di dalam corong akhbar tetapi meletakannya dimuka hadapan bukanlah perkara yang wajar dan mengkagumkan. Bukankah itu menampakan kerosakan akhlak yang begitu teruk dalam masyarakat Islam? Kenapa tidak diletakan saja muka depan akhbar bertajuk Obama bunuh pejuang Islam? Dan akhirnya mengatakan diskriminasi yang menjatuhkan kita. Bukankah ia terhasil daripada diri sendiri. Dan berita ini akan tersebar dengan cepat dengan adanya ‘copy cat’ blogger.

Dan aku lihat sekarang media elektronik seperti stesen TV Malaysia terlalu ke arah Barat. Aku pun tak tahu kenapa media elektronik sekarang macam lebihkan kepada barat . Adakah media elektronik kita dikawal oleh orang barat ? Adakah ada wakil barat di dalam media elektronik yang memaparkan imej mereka yang baik? Tetapi jika dilihat pada media cetak seperti akhbar-akhbar tempatan masih menggunakan bahasa-bahasan ketimuran dan merencanakan infomasi-infomasi yang berilmu dan bersahsiah.

Filem di atas menghina ketiga – tiga agama . Jika filem di atas membolehkan trafik blog meningkat, mahukan anda menulis tentang filem di atas? Trafik blog anda mahupun agama anda?

Facebook profil yang menghina Rasulullah , kita sebarkan . Itu seperti kita menolong mereka . Tujuan mereka adalah untuk menarik perhatian kita . Kalau kita ramai – ramai report profil tu , adakah facebook akan delete? Hanya beberapa yang berjaya , itu aku tak pasti sangat tapi memang itulah hakikatnya .

Cukuplah sampai di sini , harap maaf jika apa yang aku sampaikan ini tidak langsung difahami mahupun dipersetujui kerana ini adalah dari sudut hati aku .


8 Responses

  1. Syuk Ry says:

    skung ni smue nk jady org yg pertam sebar berite..
    Film Review : PIRATE of THE CARIBBEAN

  2. Azham Vosovic says:

    betul apa awak cakap ni…. apa kita buat tu pun sebenarnya membantu perkembangan agenda2 mcm ni…. hurm…ntah la, dunia-dunia….

  3. akmalhilmi says:

    kodet
    line tepi tak dapat bace laaaa
    huhuu

  4. Imam Muda says:

    malang tidak berbau

  5. Muhammad Iqbal says:

    mari hack mereka! hihi..

  6. !! Kodet !! says:

    hermmm , apa la nk jadi..

  7. Belalang Hijau says:

    setuju dgn pendapat lu bro!

  8. ASSOYFINGER67 says:

    Apapun buat sesuatu kena ada ilmu walau sekecil atau sebesar2 perkara…stail,cara tak penting…yang penting penyampaian,jika muslim maka adab blognya,tulisan dan kemarahannya mestilah melambangkan seorang Muslim…forever!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *