Inilah Sebab Anak Kecil Suka Berdiri Di Depan TV

anak berdiri depan tv

Inilah Sebab Anak Kecil Suka Berdiri Di Depan TV – Seringkali kita melihat ibu bapa memarahi anak-anak kecil kerana suka sangat berdiri di depan tv sehingga mengganggu tontonan mereka.

Maka akan terkeluarlah ayat seperti ‘ha, masuklah dalam tv tu’, ‘tepilah sikit’, ‘jangan kacau’ dan sebagainya.

Bagaimanapun, apa yang perlu ibu bapa tahu adalah perbuatan anak-anak kecil ini sesuatu yang normal secara psikologinya. Maka tiada sebab untuk ibu bapa marah atau mengamuk tak tentu pasal.

Perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikologi melalui Facebooknya menyatakan perbuatan tersebut dikenali sebagai ‘Egocentrism’, fasa di mana kanakkanak sedang memahami dunia sekeliling mereka mengikut tahap.

“Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

“Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

“Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa,” kata Dr Rozanizam.

Dalam fasa pembesaran ini, ibu bapa disarankan untuk tidak menegur atau memarahi anak-anak kecil mereka secara sembarangan. Sebarang tindakan perlu diambil dan diukur mengikut perkembangan usia mereka.

Dr Rozanizam juga menambah tahap kematangan emosi berdasarkan faktor kognitif dan sosial tidak sama di kala usia yang berbeza.

“SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya. Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa,” katanya lagi.