Injil Dalam Bahasa Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasaMelayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

“Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.

Tag : Injil dalam Bahasa Malaysia , Injil , dalam bahasa melayu , Injil di dalam bahasa malaysia , injil di dalam bahasa malaysia , kitab injil di dalam bahasa Malaysia , kitab injil di dalam bahasa Melayu
Rujukan : JejakaCoklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *