Irfan gesa Doe untuk sumbat gol

920926_33_previewJurulatih Selangor Irfan Bakti menggesa penyerang Francis Forkey Doe untuk lebih menyerlah setelah melalui tiga perlawanan tanpa sebarang gol.

Doe merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super Malaysia pada tahun lalu dengan rangkulan 15 gol dan dijangka akan meninggalkan kesan yang mendalam di Stadium Shah Alam setelah perpindahan dari Terengganu.

Beliau belum mampu menjaringkan gol untuk pasukan Red Giants itu walaupun telah memabntu pemain sayap S. Kunanlan dalam kemenangan menentang Negri Sembilan dan Terengganu.

Walaupun beliau mengakui bahawa Doe telah memberikan sumbangan yang baik setakat ini, Irfan tetap menggesa pemain antarabangsa Liberia itu untuk lebih menyerlah – iaitu untuk menjaringkan gol.

“Tugas Doe di kelab adalah untuk menjaringkan gol,” beliau memberitahu The Star. “Namun, beliau telah bekerja keras untuk pasukan dan saya yakin bahawa beliau akan melakukan sedemikian.

“Saya amat gembira dengan sumbangan beliau kepada pasukan. Beliau telah membantu pemain lain untuk menyumbangkan gol tetapi beliau juga harus menyempurnakan tugas sebenar.”

Irfan agak gembira untuk menyaksikan Kunanlan yang telah memulakan kerjaya di Selangor dengan baik dan dijangka akan meninggalkan lebih kesan dalam senarai penjaring gol dari bekas kelab Negri Sembilan.

“Mungkin ia merupakan taktik bagi Kunanlan untuk lebih fokus di bek apabila beliau beraksi di Negri Sembilan,” beliau menambahkan.

“Saya telah melepaskan beliau di kubu serangan dan anda dapat menyaksikan bahawa beliau gemar bermain dalam posisi itu setelah menjaringkan dua gol dalam kotak penalti.

Selangor akan menerima kunjungan pasukan Pahang yang telah mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini, pada hari Sabtu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *