Isu Rokok Elektronik, Bahaya Atau Tidak

Sebelum ini, ramai member MrJocko yang mempunyai tabiat merokok. Hampir semua dan memang dikategorikan sebagai perokok tegar.

Namun, sejak dua tiga bulan kebelakangan ini, ramai member MrJocko yang menjadi perokok tegar sudah mula beralih menggunakan E-Rokok, salah satu cara alternatif pengguna-pengguna rokok beralih kepada cara baru merokok yang lebih mudah dan murah.

Namun, beberapa hari lepas, ada banyak artikel dan berita yang mengatakan bahaya merokok menggunakan E-rokok. Betul ke?

Secara peribadi, MrJocko bukan seorang perokok, tetapi sejak kawan-kawan menggunakan E-rokok ini, MrJocko lebih selesa berada bersama mereka kerana sudah tiada asap rokok yang berkepul. Yang ada hanya seperti asap tetapi ia tidak mengganggu kita yang bukan perokok.

Bau asap juga lebih lembut dan tidak akan membuatkan baju anda berbau busuk. Kata kawan, nafas mereka jauh lebih segar berbanding merokok menggunakan tembakau.

Mungkin betul, merokok menggunakan E-rokok membawa bahaya, tetapi rasanya kalau nak bandingkan dengan rokok tembakau, e-rokok punya lebih kelebihan. Salah satunya, menjimatkan. Dengan hanya RM160 untuk set permulaan, kemudian digunakan cecair dengan harga sekitar RM30, pengguna E-rokok boleh ‘merokok’ sehingga sebulan, jauh lebih murah dari rokok tembakau.

Anda perokok? Apa komen anda pulak?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *