Jambatan Mangga Pelik Pertama Di Dunia

Jambatan Mangga Pelik Pertama Di Dunia | Pencinta mempunyai tradisi untuk menandai kasih sayang mereka dengan cara yang luar biasa, misalnya membuat ukiran simbol di pohon. Sekarang, salah satu trend baru muncul dan menggila di Itali.

Pasangan memilih untuk menyegel hubungan cinta dengan menulis kedua-dua nama mereka pada sebuah mangga, memasangnya ke jambatan, kemudian melemparkan anak kunci mangga tersebut ke sungai.

Aksi gila ini bermula di Rom selepas penerbitan novel terlaris Ho Voglia De Te ( I Want You ) oleh Federico Moccia pada 2007, di mana si watak utama bersumpah cinta abadi dengan melampirkan sebuah mangga ke jambatan Milvio, Rom, sebelum melemparkan kunci ke dalam sungai.

Hal ini telah menyebabkan tiang lampu jambatan penuh dihiasi dengan mangga para pasangan yang mabuk asmara. Aksi ini bahkan telah merebak ke Venice, dan jambatan Rialto menjadi tempat yang disukai, sementara di Verona, mangga-mangga dilekatkan di rumah-rumah tempat Romeo pertama kali menggoda Juliet. Di bawah merupakan antara gambar jambatan yang aneh dan pelik di Itali itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *