Jangan lupa jasa kerajaan Malaysia

Tajuk post aku kali ini mungkin ke arah politik dan luahan hati aku tentang kerajaan Malaysia . Memang aku akui kerajaan Malaysia tidak sehebat negara – negara besar yang lain . Aku hanyalah seorang remaja yang nak luahkan pendapat aku . Aku bukan ahli politik , pekerja awam , pekerja swasta atau lain – lain tapi hanya seorang pelajar .

Aku membesar dengan sekolah kebangsaan iaitu sekolah yang ditanggung oleh kerajaan . Semua fasiliti lengkap . Dewan , kantin , kelas dan juga makmal komputer disediakan . Berapa ramai korang yang membesar dengan sekolah swasta ? Mungkin kebanyakkan adalah pelajar berbangsa Cina dan India . Boleh dikatakan keseluruhan Melayu belajar di sekolah kerajaan .

Ya, benar politik negara dipenuhi dengan korupsi dan rasuah. Tapi apakan daya ini asam garam dunia politik sekarang. Dan harus diingat aku tidak akan membandingkan dengan negara lain. Bukan taknak membandingkan dengan negara lain sebab ingin jadi seperti katak bawah tempurug tetapi biarlah kita memikirkan hal yang lebih penting dari dok seronok nak banding dengan negara luar ja(sampai habis teh tarik dua gelas pun cerita tak habis lagi). Sehingga sekarang aku masih memerlukan khidmat kerajaan dan aku rasa sehingga ke liang lahad pun kerajaan akan tetap memberi bantuan kepada rakyatnya. Contohnya, lu pikirlah sendiri.

Mungkin kadang-kadang kita marah dengan cadangan-cadangan ataupun tindakan kerajaan yang menyusahkan rakyat sendiri pada seketika, tapi aku masih berpegang kepada satu ‘quote’ yang selalu digunakan oleh seorang pendidik aku iaitu ‘no pain, no gain’. Jadi usahlah kita menyalahkan kerajaan atas tindakan yang pelik-pelik ataupun tak logik dan lain-lain. Seharusnya kita memunasabah diri kita dan mencari jalan penyelesaian yang lebih terbaik .

Namun ….

Ada insan yang tidak berpuas hati . Malah tidak berbangga menjadi warganegara rakyat Malaysia . Setelah berpuluh tahun makan subsidi kerajaan , tapi caci dan makian yang diberi kepada kerajaan . Ahh . Malas sembang panjang – panjang . Salam .


3 Responses

  1. isa says:

    yup brtul tu.. bersyukur lah.. huhu

  2. aizat says:

    aku sokong dengan pendapat kau. kebanyakkan yang membeci tu sumenye mempunya sifat hipokrit dan tak bersyukur, diberi susu dibalasnya tuba. biasalah manusia,takkan pernah puas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *