Jepun Mahu Bina Lif Ke Angkasa

Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

“Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi,” katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney.

Kodet : Bagi saya impian Jepun untuk membina lif ke angkasa ini sampai bila – bila pun tidak akan tercapai. Ini mungkin hanya angan – angan kosong Jepun.


3 Responses

  1. amirnawawi says:

    Eh, macam-macam la orang Jepun nih. Memang berfikir luar kotak betul. tapi mustahil jugak kan Kodet.

    • penyapu says:

      TIDAK MUSTAHIL kalau mereka berusaha. dulu orang kata nak buat robot setinggi 20meter tu memang mengarut. akhirnya dpt jugak diorang buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *