Jepun tewaskan Juara Dunia Sepanyol

Yuki Otsu bersorak gembira selepas membantu Jepun menewaskan Sepanyol 1 – 0. Gambar dari Stanley Chou/Getty Images Europe.

Jepun membuat kejutan dalam sejarah bola sepak Sukan Olimpik selepas melakarkan kemenangan sensasi 1-0 ke atas juara dunia dan Eropah, Sepanyol di Hampden Park.

Gol separuh masa pertama daripada Yuki Otsu itu memastikan Jepun mengutip tiga mata penuh dan mengulangi kembali memori kemenangan terbesar mereka semenjak tahun 1996 apabila menewaskan Brazil 1-0 di Atlanta.

Jaringan tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-34, sepakan penjuru yang diambil Takahiro Ohgihara disambut Otsu yang melepaskan sepakan leret menewaskan penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Dalam satu lagi perlawanan yang membabitkan wakil Asia, Korea Selatan seri tanpa jaringan dengan Mexico dalam Kumpulan B. – UTUSAN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *