Jika saya seorang PM Malaysia. Terima Kasih MyNewsHub

Alhamdulillah , sekali lagi aku menang contest di MyNewsHub. Kali ini contest ni agak mencabar apabila aku perlu memerah otak sekirannya aku menjadi Perdana Menteri dan apa aku akan lakukan dengan soalan di bawah.

Jika anda menjadi Perdana Menteri Malaysia, apakah langkah-langkah yg boleh anda ambil untuk:

“Meningkatkan pendapatan negara dan juga mengurangkan beban rakyat”

 

Seramai 54 orang telah menyertai contest ini dan aku salah seorang pemenang dari lima orang pemenang yang akan mendapat RM100 Baucer Petronas daripada Mynewshub. Rezeki duk golek mari. Dan di bawah ini merupakan jawapan aku bagi soalan Mynewshub di atas.

 

 

“Sebagai perdana menteri , sudah tanggungjawab PM untuk Meningkatkan pendapatan negara dan juga mengurangkan beban rakyat . Pendapatan negara boleh ditingkatkan dengan menaik taraf kawasan pelancongan di Malaysia terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak yang kaya dengan khazanah alam yang tidak ternilai. Kelebihan ini seharusya dipergunakan untuk menarik pelancong dalam negara dan luar negara.

Promosi di media massa perlu dilakukan seperti iklan beberapa tahun lepas yang kini iklan itu hanya tinggal di Youtube. Chalet – chalet perlu dibina lebih banyak di kawasan – kawasan pedalaman Sarawak supaya pelancong dapat merasakan kehidupan orang asli dan merasai keindahan alam semula jadi yang terdapat di Malaysia.

Rakyat – rakyat di Malaysia tidaklah hidup susah seperti di Mongolia , India dan Bangladesh kerana beras ,petrol , gula ditanggung subsidi oleh Kerajaan. Apa yang kerajaan perlu lakukan hanyalah membantu insan – insan yang tiada rumah dan sehelai sepinggang. Kerajaan perlu membuat satu insentif untuk menerima suara rakyat secara terbuka dan tidak perlu bersusah payah menghantar surat kerana di zaman ini kita sudah boleh menggunakan emel. Dengan mendengar aduan rakyat , ia sedikit sebanyak dapat mengetahui masalah rakyat dan membantu meringan beban rakyat yang kerajaan tidak sedari. Sekian”

Macam mana essay aku? Boleh jadi Menteri Pelancongan? Haha. Apapun terima kasih kepada Mynewshub sebab selalu buat contest yang bermutu bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata – mata.

Link Contest Mynewshub > Jika Saya Seorang Perdana Menteri Malaysia


8 Responses

  1. titan says:

    agak-agak pakcik najib baca tak karangan ko tu??

  2. apaajanews says:

    ni karangan bukan untuk masuk pertandingan ni…lebih kepada suka suka…he he

  3. wah bro, pemikiran dah tahap PM dah ni, insyaallah one day mana tau kan..

  4. sjiehan says:

    ini mesti pau karangan PMR nih… ! demm

  5. engine says:

    tahniah.. lepas ni boleh masuk pilihan raya….! eh…

    ahahha

    gurau2 je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *