Johor DTFC terikat dengan ATM

921057_33_preview1Perlawanan derbi antara dua kelab yang paling mewah di Malaysia berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Larkin.

ATM telah berkunjung ke Stadium Tan Sri Daro Haji Hassan Yunos di Larkin pada malam Jumaat tetapi menghadapi pasukan tuan rumah yang disokong padu oleh lebih 40,000 para peminat.

Pertarungan ini telah digelar ‘derbi kelab Manchester City Malaysia’ dengan kedua-dua terkenal dengan kemampuan kewangan masing-masing.

Aksi di padang bermula seperti dijangkakan dengan rentak perlawanan yang rancak. Pasukan tentera mengejutkan semua apabila membuka tirai melalui Amirizdwan Taj yang menyepak masuk bola lepas penjaga gol Zamir Selamat pada minit ke lima.

Walaubagaimanapun pemain paling bernilai di Liga Super Malaysia, Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke 16.

Prestasi beliau yang mengagumkan di padang dengan gerakan bijak dan sentuhan yang tepat sering mengancam benteng pertahanan AT.

Penggempur tengah padang Rezal Zambery, yang memikul tanggungjawab sebagai pemusnah gerakan serangan lawan, sibuk dalam usaha menangani Harimau Selatan.

Anak buah B. Sathianathan akhirnya berjaya melancarkan gerakan serangan pada minit ke 37 tetapi Aidil Zafuan membuat asakan penting.

Tendangan percuma diambil oleh Irwan Fadzli dan pemain pertahanan itu memberi tendangan yang cantik untuk membuat keputusan 1-2.

Harimau Selatan terus balas dan serangan pantas mereka meledak gol melalui percubaan Norshahrul Idlan Talaha seminit kemudian.

Cuaca semakin teruk dan hujan telah menjejas perlawanan tetapi semangat pemain masih membakar.

Kedua-dua jurulatih telah cuba mempengaruhi perlawanan dengan penukaran masing-masing. Shukor Adan dan Varathan telah digantikan oleh Affize Faizal dan Ammar Abdul Aziz.

Jurulatih Johor DTFC Fandi Ahmad kemudian menggantikan Safee Sali dengan Zaquan Adha tetapi B. Sathianathan balas dengan menggantikan Ammar untuk Hairuddin Omar.

Hujan yang lebat membuat perlawanan semakin lasak dan Fitri Omar dibuang padang beberapa minit sebelum masa tamat setelah menerima kad kuning kedua.

Johor gagal mengambil kesempatan dan keputusan berakhir 2-2.

B. Sathianathan kelihatan berpuas hati dengan keputusan itu dan telah berkata dalam wawancara lepas perlawanan: “Johor Darul Takzim adalah pasukan yang hebat, bukan senang untuk bermain di sini.

“Saya harus lihat senarai kecederaan sebelum membuat persiapan untuk perlawaan seterusnya.

“Kami telah bermain dengan baik dan kini perlu fokus.” tambahnya lagi. Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *