Johor Fc Tukar Nama Kepada Darul Takzim Fc

 

johor darul takzim fc

PASUKAN Liga Super, Johor FC akan dikenali sebagai Darul Takzim FC mulai musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam megesahkan mereka telah menerima permohonan penukaran nama pasukan itu.

Kami telah menerima permohonan Darul Takzim FC selepas mereka mengemukakan dokumen yang diperlukan, termasuk pengesahan dari Pejabat Komisioner Sukan tentang penukaran nama itu bulan lepas,” kata Hamidin kepada Timesport.

Kami tiada bantahan. Status quo Johor Liga Perdana akan kekal. Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah presiden Johor FA sementara Darul Takzim akan diuruskan oleh orang lain.

Pasukan Darul Takzim FC akan melibatkan pemain-pemain bintang seperti Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan yang terkini, Safee Sali.

Dua pemain import, Simone Del Nero dan Dani Guiza juga akan beraksi untuk Darul Takzim FC. – espnstar.my

 

Carian Google


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\