Kapal Pengangkut Tenaga Nulear Pertama Sambut Ulang Tahun Ke 50

USS Enterprise ialah kapal kedua tertua masih beroperasi dalam sejarah tentera laut Amerika dan yang ke lapan menggunakan nama Enterprise. The Big E merupakan kapal pengangkut kapal terbang bertenaga nuklear pertama didunia dan sudah beroperasi sejak 1961. Ianya satu-satunya kapal pengangkut dari kelas Enterprise dan menggunakan 8 rekator nuklear! Kapal-kapal pengangkut kapal terbang lain dalam armasa USN hanya menggunakan 2 reaktor. Tahun ini ia menyambut ulang tahun ke 50-nya. Sejak mula beroperasi banyak operasi bersejarah telah dilakukan oleh Enterprise. Sebagai contoh ianya kapal pengangkut yang menyambut kepulangan John Glenn, Angkasawan pertama USA ke bumi. Ia juga digunakan untuk melakukan blockade terhadap Cuba ketika Krisis Misil Cuba. Nak lagi? Perang Vietnam, Krisis Teluk, Krisis rampasan kuasa Filipina, Balkan dan serangan terhadap Afghanistan kesemuanya membabitkan Enterprise.Enterprise hanya akan bersara pada tahun 2013 bagi memberi laluan kepada kapal pengangkut dari kelas Gerard Ford.


Sumber : Blogserius


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *