Kapten Tentera Korea Masuk Islam Selepas Melihat Pergerakan Dalam Solat

 

 

Alhamdulilah, hanya dengan melihat pergerakan orang Islam yang sedang bersembahyang di Masjid,, seorang kapten tentera korea masuk islam bersama 37 orang anak buahnya..

Kapten San Jin-Gu merupakan seorang komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjemaah di Masjid dan kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid.

Disebabkan perasaan ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh pergerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan teramat damai dalam hatinya.

Sejak itu perasaan Kapten San untuk mempelajari Islam lebih mendalam lagi, dan akhirnya pada suatu hari beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah menandakan beliau telah memeluk agama Islam di sebuah masjid di Hannam-dong, Seoul.

“Saya menjadi seorang Muslim kerana saya merasa Islam lebih humanistik dan damai dari agama-agama lain. Dan jika anda ingin berhubung dengan penduduk setempat, saya fikir ini lebih memudahkan misi perdamaian kita”. Katanya.

Selain itu, gerakan-gerakan dalam solat juga turut dijadikan program meditasi dalam pasukan yang dipimpinnya(Disamping Yoga), dan ternyata ramai anak buahnya merasakan hal yang sama iaitu merasa tenang dan damai.

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya juga turut memeluk Islam. Begitulah, bagaimana dengan hanya pergerakan dalam solat yang dilihatnya agak pelik dapat merubah beliau untuk memeluk agama Islam bersama 37 orang anak buahnya..alhamdulillah Allahu Akbar..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *