Kedah Turun Liga Perdana

Di awal musim, Kedah bermula dengan baik dengan kehadiran pemain import Safi Abdelfatah dan Hamidan atau dikenali Pak Midan sehingga Kedah layak ke Separuh Akhir Piala FA 2012 namun disingkirkan oleh Kelantan The Red Warriors.

Kedah mendapat tempat ke 12 selepas saingan Liga Malaysia berakhir. Selepas itu Kedah terpaksa bermain Playoff bagi menjamin tempat pasukan Kedah di saingan Liga Malaysia.

Kedah menewaskan Sabah 1-0 untuk ke final playoff menentang Pahang. Namun, Kedah tersungkur apabila seri 2-2 dengan Pahang mengheret ke masa tambahan lalu sepakan penalti. Penjaga gol Pahang menepis 4 penalti dari pemain Kedah dan Kedah tewas 3-2.

Terbukti setiap pasukan bolasepak yang berjaya seperti Kedah di mana pernah memenangi double treble Piala Malaysia kini mengharungi saat kejatuhan.

Ramai peminat setia Hijau Kuning kini tidak berpuas hati dengan pengurusan bolasepak Kedah (KFA) kerana tiada peningkatan sejak beberapa tahun ini malah lagi merudum.

Yang menjadi persoalan ialah adakah pemain hebat Kedah seperti Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhaimin, Sabree Abu, Faizal Abu Bakar, Azmizi Azmi, Helmi Eliza, Fauzie Nan, Fazliata, Khairul Helmi Johari, Fiqry Mt Isa akan berpindah ke pasukan lain.

Tetapi saya yakin yang pemain-pemain Kedah akan stay bersama Kedah kerana kesetiaan mereka kepada pasukan Kedah dan pantang mengalah.

Ke mana hala tuju bolasepak Kedah? Adakah sampai di sini sahaja? Adakah sejarah tidak dapat diulangi?

Info : Satu pasukan baru bernama KEDAH UNITED telah ditubuhkan akan menyertai Liga FAM musim depan bagi memberi peluang kepada bakat-bakat muda.

 


1 Response

  1. Blog Asyraf says:

    2004 dah pernah turun, lepastu bangkit dan terus buat double trouble! hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *