Kelab Portugal Beira-Mar lepaskan Nazmi Faiz

NAZMI

Pemain sensasi Harimau Muda Nazmi Faiz baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Portugal untuk bermain di Malaysia.

Pegawai media Beira-Mar Luis Viegas telah mengesahkannya kepada FOXSports.my: “Ya, kami telah memberi kebenaran untuk beliau kembali ke Kuala Lumpur.

“Beliau akan bermain di Malaysia selama enam bulan.”

“Kami juga dalam perancangan untuk membawa beberapa pemain Malaysia untuk bersama kami.

“Saya tidak boleh memberikan nama sesiapapun tetapi kami akan menunggu tindakan dari wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Peningkatan dalam corak permainannya amat jelas dan kami yakin beliau akan kembali ke Beira-Mar, lebih kuat.”

Ia juga telah dikhabarkan bahawa Nazmi akan bermain dengan Selangor PKNS tetapi setiausaha kelab itu Mahfizul Rusydin Bin Abdul Rashid telah berkata: “Setakat ini saya tidak boleh memberi komen.”

Sejak musim perpindahan Liga Super Malaysia belum bermula, ia dijangkakan bahawa Nazmi Faiz akan bermain untuk Harimau Muda atau Harimau Malaya.

Apabila dihubungi, Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee menafikannya dan berkata: “Saya tidak dimaklumkan tentang Nazmi yang telah kembali ke Malaysia dan tentangnya dilepaskan selama 6 bulan. Jadi saya enggan mengulas lebih lanjut.”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *