Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM


Bermula hari ini jam 12 tengahari semakan untuk Kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA telah pun dibuka. Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf boleh membuat semakan dengan 2 cara. Pertama dengan masuk ke laman web rasmi semakan permohonan UPU manakala cara lain dengan menghantar SMS.

Semakan melalui Laman Web
Semakan melalui laman web mempunyai 3 saluran iaitu :
  • Saluran 1 (Lembah Klang)
  • Saluran 2 (Utara)
  • Saluran 3 (Selatan)

Saluran 1 dikendalikan oleh MOHE sendiri, Saluran 2 akan membawa pautan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Saluran 3 dibawah kendalian Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bagaimanapun, ketiga-tiga pautan tersebut boleh digunakan dan mempunyai fungsi yang sama.

Semakan melalui SMS
Semakan dengan cara ini boleh dibuat dengan :

Taip UPU RESULT [No.KP] dan hantar ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007

Sila klik logo diatas atau klik pautan di bawah ini untuk membuat semakan.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengemaskini semula permohonan di laman e-Rayuan. Permohonan rayuan akan ditutup pada 16 Mei 2011.
keputusan semakan permohonan ke ipta lepasan spm, semakan permohonan ke ipta 2011, semakan  keputusan permohonan ipta, lepasan sijil pelajaran malaysia/setaraf, semakan permohonan kemasukan ke ipta, tevt & ilka, aplikasi rayuan, rayuan permohonan ke ipta, upu online, semakan online, sms, upu.mohe.gov.my, jabatan pengajian tinggi malaysia 

Sumber : phycrewz 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *