KENAIKAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) DAN ELAUN SARA HIDUP (COLA) – PM DIJANGKA UMUM SEBELUM PRU13?

cuepacs logo

Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Dan Elaun Sara Hidup (COLA) – PM Dijangka Umum Sebelum PRU13 | Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Antara tuntutan  Cuepacs adalah (Sumber BeritaSemasa):

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  • Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  • Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  • Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  • Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
  • Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya

Dijangka tidak semua tuntutan akan diluluskan. Namun berdasarkan kepada tuntutan diatas, adalah amat diharapkan sekiranya kerajaan memberi penekanan pada bab tuntutan ITP dan juga status kontrak. Semoga segalanya berjalan lancar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *