Kenapa Sebahagian Lelaki Takut Menjadi Imam Ketika Solat?

imam-solat

Kenapa Sebahgian Lelaki Takut Menjadi Imam Ketika Solat?- Bukan senang nak jadi imam, seriously, maaflah acik taip ini bukan untuk memalukan kaum lelaki dan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tapi hanya sekadar berkongsi cerita.

Sebenarnya kita harus belajar dari kesilapan. Allah tahu niat kita, acik pon pernah buat kesilapan , tapi kalau kita tak boleh terima pandangan, teguran dan tak belajar dari kesilapan maka kita berada di takuk yang lama. Pengalaman itu adalah guru yang tak bernyawa untuk kita.

Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Tanggungjawab imam sangatlah besar, kerana itu Rasulullah saw menyebut “Jangan (berebut) jadi imam, jadilah muadzin (bilal atau tukang azan)”. Sekiranya imam itu terlalai hatinya dari mengingati Allah atau terdapat kekurangan dalam sembahyangnya, maka pahalanya akan diberikan kepada para makmum. Muadzin pula tetap mendapat keuntungan dari laungan azannya, semakin kuat azan, semakin banyak keuntungan pahalanya.

Setiap Imam menanggung sembahyang makmumnya. Sayyidina Ali r.a. pernah menjadi imam dan terlupa untuk berwuduk. Selepas itu beliau dan makmumnya mengulangi sembahyangnya kerana bimbang dia akan memikul kesalahannya menjadi imam tanpa wuduk.

Tapi ingat macam mana pon lelaki adalah imam kepada kaum hawa, muhasabah diri dan paling penting tingkatkan diri kita, lagi-lagi remaja sekarang , cuba bayangkan bila depan bapak mertua suruh jadi imam, tak terkedu di buatnya 🙂 so sesama kita tingkat diri dan menjadi muslim sejati .

Maaf jika ada yang terasa, maaf jika ada yang kurang selesa dengan entry ini, ini hanya buah fikiran insan yang lemah dan juga insan selalu buat salah, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak saling ingat mengingati.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *