Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

Mungkin ramai yang dah tengok komik Zoy di dalam Berita Harian . Ramai orang yang tak setuju dengan komik tu sebab akan merenggangkan masalah antara Malaysia dan Jepun . Gambar di bawah adalah komik yang menjadi isu hari ini .

Kalau korang nak tahu , ramai yang tak setuju . Aku tengok ramai yang keluarkan pendapat . Tapi sebelum kita keluarkan pendapat kita mesti kita fikir dulu . Ramai yang kata yang lukis komik ni tak fikir perasaan orang Jepun kat sana .

Melalui komen – komen yang aku tengok dekat Facebook , blog memang ramai yang kutuk habis kat pelukis komik ni . Korang kalau bab komen memang macam – macam .

Saya tidak mahu Editor meminta maaf sahaja,anda patut letak jawatan! Anda tidak layak menjadi editor Malaysia! Bodoh!

Are there still stupid, insensitive and uncivilized ‘people’ in Berita Harian?

Ini dari blog yang aku baca , kaw – kaw punya komen dituju kepada editor Bharian . Sebelum kata orang bodoh , cermin diri kita dulu . Kalau dia bodoh , bagaimana dia boleh menjadi editor sekian lama di Berita Harian ? Dari korang yang cakap orang bodoh tapi korang ada kerja ? Kerja kata orang bodoh ?

Memanglah kartun ini menyentuh sensitiviti , tapi kalau negara lain buat kartun pasal Islam , tak jadi isu sampai korang maki hamun dia . Bila bangsa kita sendiri buat salah sikit , dah mula korang kutuk kaw – kaw .

Aku tak kata yang lukis komik ni tak salah , dia pun salah gak sebab buat ragam pasal isu sensitif ni. Tapi pun janganlah kutuk sampai macam tu .

Sudah2 la tuh nk pertahankan nasib org lain.. nasib melayu islam di bumi sendiri pun mcm “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”..Aku rasa tak mustahil klu benda nih berlaku di Malaysia.. akan ada kartunis yg meletakkan karakter Upin dan Upin bersongkok lari terkontang-kanting dikejar ombak tsunami..Kalau perkara itu berlaku.. ada umat dari kalian akan bangun terpekik terlolong pertahankan maruah bangsa?..Jadi jadi keyboard Warrior saja beb . 

Maksud tersirat kartun yang orang tak sedar

Sebenarnya bagi aku ada maksud tersirat dalam kartun ni . Tapi sebab kita pandang negatif kita takkan dapat apa mesej dalam kartun ni . Mesej di dalam kartun ini ialah sekuat mana Ultraman lawan raksasa , tiada yang boleh melawan kuasa tuhan . Kadang – kadang kita terlalu bersifat negatif dan membelakangkan negara kita , tapi bila negara orang lain kita ambik berat sangat .


33 Responses

  1. shakir zufayrie says:

    bnyak btol maklumat kat blog ko..

  2. ariff says:

    hmm.. pendapat kita sama bro

  3. Shahrulsite says:

    betul tu…setuju dgn pendapat anda 🙂

  4. Kodet says:

    @syakir : thx… bnyk mklumat ke?

  5. Kodet says:

    @ariff : bagus2…

  6. Askrie Hishamuddin says:

    Bro Kodet!

    saya amat bersetuju dengan pendapat Bro tentang maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pelukis!

    Thumbs up!

  7. intan suraya says:

    see.. ultraman pn larii..

  8. NuRuL MoHaMaD says:

    sy pn setuju ngn pendapat encik penulis . .
    sbnanye bnda ni isu kecik je. . .
    sgt kecik. . .
    dan xperlu diperbesarkan. . .
    yeah,thumbs up to u. . .
    sbb faham mksd yg disam[aikan oleh pelukis. . .
    d(^_^)b

  9. Fazli says:

    saya rasa editor tu akan byk belajar dari kesalahan ni… silap tetap silap… yg penting dia sedar kesilapan dan bertaubat…
    pandangan bro unik sikit… mungkin bro satu-satunya orang ada pandangan begitu kot…

  10. hana says:

    saye pn b'pendapat cam mr kodet..
    dari pagi tadi bace blog sume nk boikot aje BH tu..
    dh nk dkat pg balek nh baru jumpe yg spndapat ngn saye..
    hahaha..
    kalo kite pikir +ve maka resultnye akan jadi +ve..
    mungkin kartunis tu nk menceriakan keadaan yg tgh celaru n serabut sekang nh…
    dan jugak nk tunjukan yg xde sapa yg lebe b'kuasa mlaen kn Dia…
    cube la bukak sikit minda tu..
    waduh2…

  11. ARC™ says:

    sejak bila kita bertuhankan tsunami?

    zaman kartun nabi MUhammad tu, dunia blogging Malaysia lemah lagi. orang protes ikut fb, kau ikut?

    sekali org tu menempah nama, xsemestinya sepanjang zaman dia pandai. setiap manusia ada zaman bodohnya. ataupun relatively stupid

  12. ARC™ says:

    will be approved after owner approval. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
    WTF?

  13. Alal Yaakub | PM says:

    btol kodet !
    aku sokong !

  14. PenaDigital says:

    Saya setuju sangat dengan Mr Kodet, kita cepat melatah jika orang buat silap sikit…. bagi saya tak silap pun…

    Tapi kalu orang hemtam Islam, gasak habis-habisan kita buat tak tahu je, macam tak faham je… kata org, jadi benggong…!!

  15. antudegil says:

    kalau dikatakan bebal, melenting. kalau dikatakan bodoh, meracau. benda macam ni pun sebenarnya mana ada isu pun. dah tak faham dengan akal pemikiran yang bakal jadi kelas pertama menjelang 2020.

    kalau macam ni punya gaya, tepuk dahi la aku dan anak bangsa aku by 2020.

  16. phreak-id says:

    Aku sangat setuju dengan ayat last tuh. Kuasa tuhan. Even teknologi Jepun yang 20 tahun lebih maju dari kita pun tak dapat menghalang kuasa tuhan.

    Terbaru >Lee Chong Wei Pertahankan Gelaran All England 2011 >Tips Mengesan Email Palsu Untuk Pengguna Maybank2u >Gossip Blogger

  17. MoHaMaD $y@F!e says:

    Memang betol. Kita selalu tembak orang bila pandangan pertama. Panik bro…Orang Malaysia la katakan.

  18. Kodet says:

    @Fazli : Pandangan orang mmg lah berbeza walaupun ada yang sama

  19. Kodet says:

    @ARc : bila masa aku kata tsunami tu tuhan ? zzz ko sendiri yg buat jadi mcm tsunami tu tuhan… aku kata kuasa tuhan kan?

    Aku ada sokong yang Burn Al Quran Day dengan hari melukis Muhammad tu.

    Nasib baik aku tak pernah menempah nama jadi komen tu bukan untuk aku.

  20. dakpipimerah says:

    betul jugak kau kate,,, ramai pndang negatif,,padahal kuasa tuhan lagi kuat dr kuasa manusia,, 😉

  21. arep_lockermonth says:

    dont know what to say!!

  22. shahizan says:

    tafsiran bawah sekali tuu baru betul (:

  23. miss amira liyana says:

    sangat setuju dgn kamu kodet..rsanya xperlu nk besar2 kan hal yg xpenting sgt nih.salah memang tetap salah.apa yg penting yg prlu kita amik tau adalah nasib mangsa tsunami tu.sy stuju dgn maksud kamu tu part yg last skali.

  24. touya says:

    Benda nie memang perlu dibesar-besarkan , supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai . Tapi tak perlulah sampai nak paksa dia letak jawatan .

    Aku tak yakin karikatur tu melukis ada maksud tersirat seperti yang kau katakan .

  25. Shahiran says:

    Malaysia biasalah. Bila orang luar cakap okey, kita yang rasa tak okey pun terikut-ikut cakap okey. Bila orang luar kata tak okey, kita yang rasa dah okey pun terikut-ikut cakap tak okey.

    Taste kita, kita yang tentukan, tetapi selalu kita ikut pendapat orang luar.

  26. H Y D E says:

    amat bijak pandangan saudara. memang membuka minda pihak2 yg banyak mengkritik sebelum ni

    latest : Pencipta Pokemon Mati Akibat Tsunami Di Jepun?

  27. redzuan says:

    aku setuju dgn ko actually karikautr ni xde pun isu, cuma ada pihak2 yang xpuas hati je jdkan benda ni isu. yang aku pelik yg orang melayu pun nk boikot BH. mcm bangang je. dan para bloggers lain aku tgk pun bukan main sama nk hentam BH ni. padahal dorang sedar x , semua info berkaitan berita untuk entri dorang updated pun byk bersumberkan BH. cuma bg aku after dis editor BH kena more alert n sensitif dgn sesuatu yg dorang nk publish. lain orang lain cara interpretation dorang dgn karikatur ni.

    Gambar Tsunami Di Jepun : Gambar-Gambar Kemusnahan Tsunami Di Sendai, Jepun

  28. redzuan says:

    aku setuju dgn ko actually karikautr ni xde pun isu, cuma ada pihak2 yang xpuas hati je jdkan benda ni isu. yang aku pelik yg orang melayu pun nk boikot BH. mcm bangang je. dan para bloggers lain aku tgk pun bukan main sama nk hentam BH ni. padahal dorang sedar x , semua info berkaitan berita untuk entri dorang updated pun byk bersumberkan BH. cuma bg aku after dis editor BH kena more alert n sensitif dgn sesuatu yg dorang nk publish. lain orang lain cara interpretation dorang dgn karikatur ni.

    Gambar Tsunami Di Jepun : Gambar-Gambar Kemusnahan Tsunami Di Sendai, Jepun

  29. Tengku Nizam says:

    wah~ mrkodet top ranking gengblogger hari ni ! camne nak kejar ni ? hehee , bro , ade tips x? :p

  30. Jejaka Terhangat says:

    adoii..aku agak tergelak dgn omen soalan arc, "sejak bila kita bertuhankan tsunami?"..

    tak paham entri ke apa? adehh..

    papepon BH dah minta maaf..kenapa ramai blogger masih perbesarkan hal ni..nak BH gulung tikar baru puas hati ke?

    p/s: aku setuju dgn komen redzuan..

  31. iqbalhakimi says:

    lepas baca entri ni baru terbukak minda aku..thanks bro =)

  32. .::: Princess MOMOY :::. says:

    salam
    momoy setuju tentang last ayat bro ni. Kuasa Allah tiada siapa pun dapat menghalang.
    tapi momoy juga setuju dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu ni
    memang wajar dikritik sebab main-main dengan penderitaan dan musibah orang lain
    tapi bukan kata-kata yang kurang elok
    rakyat Malaysia yang mengkritik tu bukti Malaysia masih lagi punya rakyat yang tidak menyokong sesiapa sahaja hatta beliau seorang yang berpengaruh (berita Harian dan pelukis Zoy) yang mempermainkan sensitiviti masyarakat lain.
    memang isu lain seperti hal mempersendakan agama ISlam juga diselar hebat oleh rakyat Mlaysia biarpun bukan beragama ISlam.
    Bagi Momoy, akhbar yang merupakan media utama selain internet perlu peka dan sensitif tentang sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sesuatu berita.
    Bukan hanya memikirkan keuntungan sahaja tapi media sebenarnya imej sesuatu rakyat negara tersebut secara tak langsung.
    disebabkan artwork oleh Zoy ni, Malaysia dah masuk dalam CNN.
    Bagi yang beranggapan isu ni kecik dan remeh tapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada Malaysia.
    ingat pesan orang tua…
    "berfikir dahulu sebelum bertindak"
    tambah lagi mereka sebagai media yang berpengaruh.

    Cara Test Kualiti Keyboard Komputer Korang"
    Momoy dan Mee Maggie"
    Memalukan | Akhbar Kita Mempersendakan Musibah Tsunami di Jepun!"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *